Monday, March 30, 2015

Pelik tapi benar

Menggelabah juga Mr. Milo ni, baru gua taip "Kun Fa Ya Kun" dia dah kata aku dah berbelogging secara ilmiah.

Belum aku berzanji lagi.


Saturday, March 28, 2015

Yes, I am pregnant!

Ok ambil mood dulu, duduk ngadap portable air cond ni ngam ngam depan muka. *panas oi sarat-sarat ni

Yes I am currently pregnant at 37 weeks. Motif baru sekarang terhegeh-hegeh nak cerita pasal pregnancy? Mmg niat nak bercerita tu ada tp tahap malas nak menaip tu yang susah nak buang. Ini pun memaksakan diri selagi ingat pengalaman sepanjang mengandung anak sulung ni. *eh sulung? nak yg kedua ke? kalau tanya sekarang cukup la hoiii satu ni dulu pun. 

Frankly speaking, aku mmg merancang untuk mengandung dari mula berkahwin 2012. Konon kami nak ber'honeymoon' sakan, bercinta dan berjalan-jalan beriringan tangan, sambil bercanda di persisiran pantai. Tapi bila orang sibuk-sibuk tanya bila nak ada baby normally kitorg takde la ckp "Oh, we are on family planning" Normally we say "Sabar ye, Ada rezeki ada lah" some may not understand niat kita, lebih suka judge kenapa kami sibuk nak planning. eh sukahati aku la family aku ye dak? Kami tahu masyarakat concern. Ada juga yang busuk-busuk mulut cakap "hah planning la nanti Allah terus tak bagi" we believed in Allah SWT, mcmana kami planning pun if dia kata "Kun fa Ya Kun" mengandung juga ye dak? and if masa kami tak planning dan masa tu tak dapat-dapat baby Iols redha je sebab semuanya tertulis. ye dak? Lets start with pengalaman 1st trimester. hehe

1st Trimester.

Aku mmg ada record and follow closely dgn perjalanan period aku. So far aku takde masalah every month consistently akan period ikut time. So bulan tu aku cam dh lewat 2 weeks, tp buat-buat cool sebab tak nak la over excited sgt kan. Balik dari kerja aku terus bgtau dkt Mr. Milo before that aku mmg dah beli siap-siap pregnancy test. Biasalah Mr. Milo mmg dah tak sabar nak tahu result, so aku pergi la buat test *dup dap dup dap. and Alhamdullilah aku positive. 2 line babe! first time. haha. Konon nak buat mcm negative, dari dalam toilet buat tone sedih. tp Mr. Milo mcm tau je niat aku nak main-mainkan dia. Masa aku keluar toilet he already expected that I am positive pregnant puuuung. Gila tak suprised! Terus kami siap-siap pergi clinic and confirm before nak bgtau satu dunia. ok tipu tak bgtau pun satu dunia, nak confirm utk bgtau family je. hehe

Selepas tahu result doktor buat kira-kira dari last period aku (10th July) dia menganggarkan aku dh masuk sebulan. Sebab dia kata normally diorg akan extrakan sedikit minggu sebab hanya Allah SWT je tahu exactly date terjadinya baby aku ni. Yes we are happy! I am happy sebab dah masuk 2 bulan pun aku mcm xde morning sickness. Aku ingat aku one of the lucky one. Muka ada sikit riak sebab kalau ikut genetik keluarga Mak & Akak aku mmg dasyat morning sickness nya. Sekali malang tidak berbau dah dasar genetik yg sama, dalam bulan ke 2 onwards Masha Allah, aku rasa aku lah manusia paling dasyat dan paling malang mengharungi morning sickness yang terlampau. Sumpah weeeeh tak leh nak ckp. Sebulan aku tak produktif kerja dok MC and Ive been warded for 2 times, dan paling teruk aku morning sickness until pregnancy aku reached 5 months. Orang ckp "ala lepas 3 bulan oke dah tu" Ok hakk tuiihhh. Masa tu sumpah taubat dalam hati ok satu je satu je. hehe Apa yg satu?

Mr. Milo suffered jugalah sepanjang aku morning sickness. Aku kena warded he had too MC utk jaga aku. Aku muntah sepanjang malam he will provide me with baldi supaya aku tak susah-susah nak pergi toilet. Every night dia akan urut aku nak ensure aku selesa. Seriously I was blessing to have him. Rumah, makan minum, kain baju dia uruskan sendiri. Walaupun secara kenyataannya aku mmg wife yang malas pun tp kira aku kena morning sickness bertambah la kemalasannya ye dak? Yang tatahannya, dlm morning sickness tu sebab juga kami bercuti pergi Bali 6 hari. kah kah actually dah beli ticket ni dh lama. So we decided pergi je la, Mr. Milo kata if tak larat we just spend time at hotel room je. Surprisingly, sepanjang kat sana baby behave pulak. Bukanlah tade langsung nausea tp kurang. Betul la ckp doctor, sebelum aku pergi aku ada minta advice doctor, ikut kan aku berat hati nak pergi. Yelah bantai aku dehydrated dkt Bali tu kan masalah. Tp doctor advice utk aku ambil angin and rehat secukupnya. Mungkin angin Bali tu mengalu-ngalukan kami kot. Alhamdullilah holiday well spend.

2nd Trimester.

Yes, aku berjaya mengharungi 1st trimester. Tapi mcm aku ckp morning sickness aku ni sampai aku masuk 5 bulan pun tak hilang-hilang lagi, so tak de la heaven sgt utk 2nd trimester ni. Paling tak boleh lupa ialah aku accident depan The Mines langgar Mercedes. Aku mabuk sebenarnya nak pergi meeting kat KLCC. 2 second je babe aku terlepas pandang dpn sebab nak ambil plastic. I was so nausea masa tu, Nak berhenti tepi jalan tak sempat dah. Jalan tu mmg jam tahap gaban. So kereta aku slow la kiranya masa kejadian tu. Aku cium sikit bontot Mercedes tu. Sedih chuolsss terbang RM800. Terus meeting tah kemana-mana kerja pun xjadi balik rumah mak meluah perasaan.

Masuk 6 bulan, morning sickness slowly hilang. Dah boleh start kerja mcm biasa, dan sebenarnya aku amat-amat lah bersyukur dgn company aku ni. Boss yang sgt memahami dan waktu kerja aku yg sangat flexible. Sepanjang aku tak larat ni mmg colleague and boss aku suruh aku rehat je. Dia kata kerja boleh buat nanti. Tak payah nak risau sgt. kau hado boss mcm tu? hehe

Bila dah ada semangat dan sihat badan ni, aku takde la mcm perempuan mengandung yg normally org ckp mcm byk gila lah selera mcm gorilla la kan. Aku bab makan mcm biasa. Cuma aku consistent je utk elak kan perut masuk angin. Potion makan pun sama je mcm aku xpregnant. Nak kata aku mengidam bukan-bukan pun takde. Apa aku nampak rasa nak makan aku beli. So masa check up air gula pun oke je. Sebelum lupa nak mention yang aku dah start tahu jantina anak aku masa aku 3 bulan. Awal kan? hehe mmg tak tahu malu sikit anak aku ni awal-awal dh dah nak tunjuk kat kami "punai" dia. yes his a boy Insha Allah. sebab sepanjang check up and until today he will keep on showing us "punai" dia. Tp if la Allah nak uji kami masa keluar sat lagi baby Girl. Aku tak kisah pun dgn hati terbuka aku terima je.

3rd Trimester.

Which is fasa sekarang ni, Alhamdullilah aku ok cume penat, mengah dan mcm semput-semput. Last check up on 19th March hari tu doctor ckp baby aku ni besar. Tah mcmana boleh besar secara tiba-tiba aku pun tak tahu. Tapi aku rasa sebab aku kerja dan balik agak lewat so makan malam pun lewat. bila sampai rumah aku terus nak tidur. Doctor membebel-bebel sikit aku naik pekak nak dgr sebab aku plan nak normal tp dia mungkin risau cita-cita aku susah nak tercapai if baby keep on growing fast mcm ni. Berapa berat? last check tu 2.8kg utk 36 weeks which is aku ada 4 weeks lg before delivery. haha Org selalu berat tu anak dh keluar kan. Aku kena tunggu 4 minggu lagi and kena diet utk mengelakkan dia terlalu besar sehingga aku xleh tanggung masa nak keluar nanti. Tipu la aku x cuak tp nak wat camne kau ingat senang nak diet? Docktor ckp after 7pm aku xleh makan. Kalau kebulur pun makan buah and minum air je. Sedih! tp honest 3rd trimester ni aku agak pelahap sikit. Lapar dia lain mcm. Dasar aku membawa anak Mr. Milo kan. Bapak dia tak yah ckp la badan dan selera makan dia mcmana, so struggle juga la aku sekarang ni.

Bab paling sedih yang boleh buat aku menanges syahdu ialah time nak tidur. Macam waktu sekarang ni. Kau ingat aku rajin sgt nak memblogging ni? Ini semua punca aku tak leh tidur la ni. Masha Allah sumpah hoiii meleleh air mata tiap-tiap malam. Ke kiri salah ke kanan salah semua x selesa. Baby dalam perut ni boleh dikategorikan sgt-sgt la active. Setiap 1 jam mesti berpusing-pusing dlm perut. haihh la anak. Hopefully nanti keluar awak behave lah ye.

Selain masalah utk asyik nak wiwi setiap 2 jam, masa 3rd trimester ni la Mr. Milo nak kena Chicken Pox. Ye demam campak, tak pasal-pasal kena kurantin seminggu, Aku balik umah mak aku dia balik umah pak mentua aku. Baru start minggu ni kami dok sekali balik. Tapi aku mmg agak berhati-hati juga. Kami limitkan space and no touching-touching until he fully recover. Aku pernah kena dulu and tak de la risau if aku kena lagi, risau kan baby dalam perut ni je. Kesian dia kalau keluar nanti tompok-tompok. kannnn

Dah pukul 2am. Mr. Milo kena kerja double shift hari ni. Pukul 12 midnight tadi dia gerak and balik pukul 7am nanti katanya. So I am alone at home dan tak boleh tidur. Aku nak stop menaip ni pun sebab belakang aku dh sakit duduk bersila lama-lama. Nanti kalau aku rajin aku sambung cerita lagi ye.

:)