Wednesday, September 23, 2015

My little 'Cekodok'

Where should I begin?

8/4/15
My 39 weeks check up with Dr. Azmi at Putrajaya. I went with Mr. Milo, as he manage to get himself cuti on that day. Sebab aku punya instinct kuat mengatakan yang baby akan semakin sihat which is 3.4kg and masa tu aku dalam dilemma sangat whether nak go on with normal delivery or c-section. At first Dr. Azmi mmg advice utk give a try normal delivery dulu if tak boleh baru la go for c-section. Tp if aku tak nak sakit dua-dua itu up to aku nak decide which way yg aku comfortable. Aku pandang Mr. Milo, dia pandang aku balik. Aku tak tahu nak buat decision. Actually masa tu aku mmg berat nak normal delivery walaupun tak lah 100% confident, tapi masa tu adalah 60% confident dalam hati ni. Aku tanya  Mr. Milo punya pendapat, dia terus tanya Dr. Azmi if nak c-section mcmana procedure? Secara terujanya Dr. Azmi terus menderu-deru cerita procedure dia. Siap suruh petang tu juga aku buat c-section. Katanya baby dah ready la, dah matured la. Eh terus confident aku dari 60% jadi 15%. Tadi kau mcm beriya suruh aku cuba normal delivery sekarang kau siap nak book bilik bagai utk aku. Siap nak suruh aku deliver hari tu juga. Dari cara Mr. Milo discuss aku tahu yang suami aku ni nak aku go on dengan c-section. Mungkin dia tak sanggup tgk aku saket 2 kali kot. Memandangkan aku ni taat kepada suami *puihhh aku pun setuju la utk c-section tp bukan hari tu. Aku pilih utk deliver on Friday which is 10/4/15. Kenapa Friday? Sebab aku rasa if anything happen to both of us *baby Its Friday. Jumaat penghulu segala hari :) alang-alang aku plan nak beranak baik aku pilih hari yang paling mulia betul dok?  Setelah confirm date Dr. Azmi terus book OT (Operation Theater), Bilik and Dr. Hazim/Dr. Hamidah utk operate aku. Dr. Azmi cuti that weekend so dia tak boleh perform operation utk delivery baby aku dia pass dkt member dia. Aku ok je. *padahal takut mcm nak pengsan. Walaupun aku plan on 10/4/15 aku still kena warded on 9/4/15 utk Dr. Hazim monitor before surgery.

**it takes 5 months after baru aku continue cerita perenggan kedua. kau boleh? Itu pun lepas Mr. Milo hints yang dah berkepuk aku tak update blog. Sebelum aku terlupa segala memory let me refresh balik. #throwback

9/4/15

Mr. Milo dpt call utk aku admit hospital pukul 3pm. So kami siap-siap packing barang mcm nak pergi bercuti. Yela org ckp go thru c-section kena admit atleast 3 hari. and I am realy thankful and grateful sebab sepanjang aku admit Mr. Milo mmg 24/7 monitor aku. Memandangkan aku ni garang-garang tapi spoil so aku mmg jenis yang xberapa nak independent so I really need 24/7 support from husband. On the way to hospital aku mcm berkobar-kobar juga actually we plan to deliver on 10/4 instead of 9/4 mcm aku kata aku nak beranak hari Jumaat but things happened kan, Sampai je Putrajaya dah check in bilik semua kami pun naik la ke level 5 which is - Ekslusif wad utk patient mcm aku ni Full Payment Payment. Sumpah I was like not expected that wad to be an exclusive mcm swasta. Yela Government Hospital kan, pepaham je la. Tapi sumpah worth it, keluar je lift you will feels like "oh, ok ada ye wad mcm ni kat hospital kerajaan? cantik kot" and all the nurses totally different. they are extra kind and polite. I was admitted in sharing room. 2 org sebab bilik yg seorg tu full buat masa ni. Its ok bilik sharing ni pun dah comfortable enough. Dah parking je atas katil tak sampai 5 minit aku nak balik dah. Cuak dowh! Mcm-mcm la Mr. Milo jampi aku. Mak and FIL semua pakat-pakat whatsapp suruh baca itu la ini la. To be clear aku tak rasa langsung sakit contraction yang ibu-ibu rasa ye sebab aku deliver 1 week earlier from due date. So condition aku tak de la saket. Tapi perasaan nak beranak tu worse than org yg rasa sakit nak bersalin kot. Sebab kau totally layan emosi berdebar-debar kau rasa nak tercabut jantung. Jangan tanya berapa kerap la aku ajak Mr. Milo balik kannn.

Tak sampai 1 Jam Dr. Hazim masuk nak check aku and baby. Eh check punya check dia boleh tanya "u nak deliver malam ni tak?" Speechless 5 seconds.

Memandangkan emosi aku terumbang-ambing aku terus cakap ok. Konon mcm nak cepat-cepat hilangkan rasa takut ni so baik cepat-cepat keluarkan baby. Dr. Hazim pun plan utk aku deliver pukul 8pm. Keluar je Dr. Hazim dari bilik SUMPAH AKU NAK PACKING BARANG NAK BALIK. Rasa nak pitam hoi nervous lain mcm. Mr. Milo as usual la calm me down. Tiup-tiup sikit kepala aku mcm lah dia tahu apa yg dia tiup and baca. Aku rasa dia belakon je utk make sure aku cool down. kannn

Tunggu punya tunggu pukul 8pm. Dr. Hazim tak panggil-panggil lagi. So aku lepak je la buat-buat busy tgk hp. Kebetulan kawan Mr. Milo pun admitted hari yg sama and admit dkt wad sebelah je. So nak hilang kan rasa-rasa cuak tu nak la berjalan-jalan usha member sebelahkan. Huda dah delivered baby boy. 3.85kg secara normal. Tabik Negaraku ok!

Almost 11pm nurse tak panggil-panggil lagi dia ckp OT room penuh. Minta aku bersabar tunggu, So aku pergilah melawat member sebelah wad. Tak sampai 5 minit sembang nurse panggil nama aku. Fuuuuuuh its my turn! ok nak nanges masa tu sebab takut. ada 2 nurses assist ada katil dpn bilik dia suh aku duduk and makan ubat gastrik katanya dgn satu cawan air utk aku telan ubat aku ingat air masak sekali air masin gila. Air amenda tah, cuak punya pasal aku telan je. Habis minum dia suruh aku baring and bertenang katanya. Mr. Milo buat-buat steady tp aku tahu dia risau :)

Aku baring atas katil and di sorong sampai OT room. Masuk je OT room nurse ada membebel procedure dkt aku. To be honest kepala aku tak masuk menda pun betul la org ckp deliver baby ni mcm nak berjihad and facing death so dont misjudge if u feel org deliver c-section ni konon relax la tak saket la. Allah tu adil ok normal ke c-section ke plan ke emergency ke all we feel the same things.

Mr. Milo dibenarkan teman sampai dpn Bilik Bedah je. Masuk je pintu dia kata tunggu aku dkt dpn. Sumpah sedih nasib baik sempat minta maaf banyak-banyak dari petang tadi. Masuk je Bilik Bedah mmg tak de org aku je pun patient. ada la 3, 4 org doktor and nurse yang aku pasti seorg doc. utk bius, yang lain tu tak pasti. Diorg dtg and surprisingly ada masa nak layan and bg semangat dkt aku. Diorg cko tunggu Dr. Hazim dtg, dia OTW.

Dlm pukul 1115 kot diorg tolak aku masuk OT room. Sedar, nyata and jelas what happening inside the room. Sebijik mcm Grey's Anatomy prepare tools, tulis apa tah dkt whiteboard, lampu semualah. and aku perati je org-org ni bakal nak membelek keluarkan baby aku ni. Lepas siap brg-brg Dr bius dtg and ready nak jab aku dkt bius kebas dia. aku tak ingat nama bius tu tp for sure bukan epidural sebab aku tanya dr. tu dia ckp bukan epidural similar to epidural bezanya bius ni tahan 1 hari instead of epidural yg tahan 6 jam je mcm tu la dia explain kot. Sorry Iols lupa.

Masa jab tu ok lagi maybe dr byk communicate dgn aku so aku tak focus dkt rasa saket during injection. Tiba-tiba dah siap dah. So diorg baringkan aku and suruh tunggu until aku tak rasa kaki aku. tak sampai 3 minit mmg totally kebas from bawah boobies sampai kaki. Dr. Hazim pun sampai siap lengkap pakai uniform nak bedah org. And bermula la diorg dok godek-godek perut aku. Masa operation tu tipu la aku tak rasa apa-apa. ada rasa mcm org tgh buat kerja dkt area perut tu tp tak saket cuma rasa kebas. Tapi masa dia ckp dia nak tolak sikit area ulu hati aku dia ckp nak push baby out and I will feel senak sikit so dia minta aku tahan. Adalah dr. bius yg baik hati duduk dkt area kepala aku cerita what happening. Dia ckp "sikit je lagi baby keluar ye tahan sikit"

Masa dia tolak area ulu hati tu mmg senak and susah nak nafas. Tuhan je tahu masa dr keluarkan baby it felt so released and blessed. Yes I am crying tersedu-sedu when I heard my baby cried.

Lalu keluarlah my cekodok bam bam "Naqib Naufal Bin Noor Irwanshah" 3.3kg at 11.55pm on 9/4/15 di malam jumaat. :)



It took 5 months for me to finish one post. Congratulation to my unproductive behavior.


1 comment:

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)