Tuesday, October 6, 2015

Family vacation with the little one (Day 1)

6th Oct. (Lombok)
Post yang sgt fresh which is aku draft on the date itself. Lepas makan dan kenyang hati ambil port sebelah anak yg tgh kusyuk tidur.
Standard lah bila bercuti dgn baby ni tak mudah. Kira mencabar tahap kesabaran mental dan fizikal, certain parent tak advice and tak suka bawak baby keluar jalan jauh-jauh. Lagi-lagi pergi pulau. They all prefer the baby stay at home with the sitter. Tp mcm aku ckp certain. Ada jenis parent macam aku ini prefer bawak anak berjalan sekali. Memang renyah tp seronok dia dpt bila trip tu success. **sebenarnya tak de siapa nak jagakan anak kau. Banyak cerita je.

Our flight terbang jam 840am and reached Lombok at 12pm. 3 jam juga perjalanan, agak kematu lah bontot lagi-lagi naik Air Asia dgn leg room ala sejengkal je. Nak gerak kiri xboleh kanan xboleh. But Alhamdullilah berjaya dgn cemerlangnya membawa baby berusia 5bulan 27hari ni terbang tanpa banyak ragamnya. #NaqibNaufal tidur sepanjang penerbangan.
Kisahnya bila dah nama mak bapak yg bawak anak terbang jauh-jauh ni ialah semua benda kau nak bwk dlm beg. And at some point semua benda pun rasa xcukup tempat nak letak. Kami tersalah estimate time utk boarding masa kami terhegeh-hegeh nak cari air panas utk buat susu si #NaqibNaufal. Sad to say klia2 betul2 bukan baby friendly airport. Come on lah, setakat provide water heater dlm baby room tu xluak pun duit 2.6 billion. Tetttt.

Sedang sibuk isi air panas dlm termos dkt kedai serbaneka manatah dlm klia2 tu. Ada announcement yg flight lombok nak berlepas. Tak menggelupur umi dan abi ni. Dh mcm masuk amazing race berlari dlm airport nak ke boarding gate. The funny things is #NaqibNaufal di dukung oleh abinya. Sah sah la umi yg kaki pendek ni ketinggalan di belakang.. :(  tak pe yg pening we all managed masuk gate. If not takan la aku ada masa nak mencece dgn blog ni.
Well, as mention aku sampai jam 12pm. And mmg kami dh siap-siap booking supir. After survey dan survey kami guna service dr mamat nama Tanto. Dia charged ID250k. Dari airport ke Hotel. Oh ye kami stay dkt The Santosa Villas & Resort. Actually if u guys nak tips better tak payah booking. Bersepah je supir-supir dkt lua airport tu ada yg offer ID200k je. Tapi ikut luck and pandai-pandai la bargainkan.

Perjalanan dari airport ke Hotel aku tu amek masa dlm 2 jam++ juga. Yg aku perasan supir aku bwk kelajuan kereta lembu kalau dia bwk ikut kelajuan atleast lah kereta kancil pun boleh sampai dlm 1 jam je sebenarnya. Dlm perjalanan tu supir yg bernama Ayaq tu ajak la kami makan siang dkt Mataram katanya. Makanan favorites pelancong and signature lombok. Ayam teliwang nama makanan tu. Kedai yg dia bawak tu xfamiliar pun jalan kiri kanan belok sana sini tetiba sampai kedai makan. If aku ingatkan pun nama dia aku x recommend. Overprice! ke aku yg kedekut? Hehehe sebab dari review aku usha mostly org ckp diorg makan murah. Pada aku xdala murah. Aku order ayam teliwang 2 pinggan *jgn terpedaya ye ayam tu besar burung puyuh je sumpah tak tpu! Sayur kangkung pelicing dgn nasi 3 pinggan which my supir also join la. They charged me for ID205k (RM60). Anyway dah makan dan kenyang kami cpt-cpt continue journey to hotel since si #NaqibNaufal ni dah rimas dgn tak mandi pagi tadi pampers tak tukar2 dari turun flight. Sebaik la dia senyum je. Budak bertuah.

Sampai je hotel The Santosa Villas & Resort. I am very happy with the outcomes. Byr superior dpt free upgrade to deluxe room. 2 kali aku tanye kenapa? Dia ckp it was a house treat. **Padahaaaal mcm aku x dgr je bilik superior semua belum habis kemas. Kah kah. Jgn ckp banyak rezeki xbaik di tolak. Aku beli bilik ni pakai agoda je filter under family with small kids. Keluarlah review mcm2. So far review tak de la meriah dan bagus sgt. Tp pada aku worth it la dgn aku byr kan for 3 night RM700++ 4 star hotel bilik ada bathtub, swimming pool besar and pantai dpn hotel je. Lagi-lagi dpt upgrade gila nak ckp aku xsuka hotel ni. Satu je masalah aku skang ni. Bilik ni byk nyamuk. GRRRRR! Lepas check in, kami rehat-rehat jam 3p++  and mcm dh start boring aku ajak suami aku pergi ronda-ronda sambil2 cari package nak pergi 3 Gili. Jalan punya jalan kami jumpa satu kedai ni yg offer quite affordable and murah dr yg aku survey dlm web. Pergi 3 gili with private boat for ID850k. For me its cheap as aku dpt bargain paling teruk puk ID1.200k dah dpt murah tu gatal pulak aku nak continue on 8th pergi jalan gunung and air terjun apekajadah namanya. Total burned ID1.700k

Sempat kami menyewa motor. Memandangkan dh ptg kami buat-buat rajin nak pergi tgk sunset. Org sana dok recommend tgk dkt Malimbu, Lombok. Kami pun pergi la *tak sampai Malimbun pun. Sebab jauh. Tak sampai sunset makan jagung minum air kepala dah boring. #NaqibNaufal pun dah start meragam. Panas and melengas kot. Jadi kami decide utk balik. Otw balik kitorg cari kedai utk tapau makan dpn entrance hotel je. Kami order ayam teliwang set dgn ikan kakap bakar. Set dtg dgn nasi. Aku byr ID140k. Termasuk tax. Kejadah tax padahal aku take away kot.
Sampai je bilik. Lepak dlm 1 jam around 730pm ada call dr recep. Dia ckp ada service percuma welcome massage 10 minutes. Gilaaaa kau ckp kau xsuka hotel ni. Siap offer dtg bilik if aku xboleh dtg spa dia. Haihhh rezeki jgn ditolak. Haha

Kisahnya dah urut, mandi and makan. Apelagi suami kt sebelah dh dengkur dulu dah. #NaqibNaufal pun dah hanyut mimpi. Skang 9.09pm tp sini malam cpt sikit. Umpama dh pukul 10pm. Even time dia dgn Malaysia sama je. Jadi izinkan aku berperang dgn nyamuk sebelum melelapkan mata.

Picture taken at Gili Trawangan



No comments: