Monday, November 23, 2015

Family vacation with the little one (Day 2)

Ok, based on previous entry untuk hari ke-2 kami sekeluarga buat Day Tour - 3 Gili.

Kami bangun awal pagi around 7am since tour guide pesan kami kena ada dkt Jeti pukul 9am. Actually kami tak punctual sangat sebab tak nak rushing mcm kami kena first day. Once kelam kabut the whole day akan affected. So this time we act cool. Memandangkan kami travel with an infant so persiapan untuk jalan-jalan mengambil masa sedikit, kena make sure semua barang #NaqibNaufal kami bawak. Diapers, susu, thermos and bla bla bla. Dalam pukul 8.15am kami gerak utk pergi breakfast. So tips here ibu-ibu bawak lah barang-barang secukupnya dan thermos with air panas adalah sgt penting since dkt pulau its very hard to get hot and important clean water. please bawak mineral from the hotel sekali *compliment mineral from hotel je mudah untuk memudahkan perjalanan bawak je backpack. Sumbat semua suami boleh gendong ape.

Once habis breakfast kami siap-siap buatkan susu untuk #NaqibNaufal. Senang takde la atas boat kau sibuk nak  membancuh susu. To those ibu yg breastfeed mudah la kan, ibu mcm aku ni yg leceh sikit. Mcm aku ckp aku tak punctual so dlm 920am kami ke Jeti. Nasib baik la jeti tu belakang hotel kami je, so tak perlu usaha yg byk utk menapak. hehe belum sempat kami sampai Jeti. Guide kami dh terjerit-jerit melambai kat kami. haha utk bermakna dah lamalah depa ni tunggu kami. Tapi tak pe kami bawak baby so kami guna alasan #NaqibNaufal yang kami lambat. kah kah kah

Memandangkan trip kami menaiki slow boat (boat kayu) perjalanan kami ke Gili Trawangan mengambil masa almost 1 jam. Sumpah jauh wooo. if ada duit lebih better ambil speedboat. ada disadvantage and advantage pakai slow boat ni. Satu agak sesuai utk infant sebab tak bergoyang-goyang. Steady and slow. Kalau naik speedboat melambung-lambung. Tp 15 minit je rasanya melambung 15 minit tu acceptable kot.

Sesampai je di Gili Trawangan, mak aih ramainya masyarakat orang putih. Cuaca was fine. Ok lah namapun pantai kan tak panas tak sun burn tak pantai tak cool la kan an an. Guide kami drop kami tepi pantai je so trip kami di Gili Trawangan ni Free & Easy. Dia kata nak balik dtg balik temoat dia drop and cari bot yg sama dia lepak dlm bot je tunggu kami. Masa kami yg decide since its private kan. Just pepandai la manage memandangkan ada lagi 2 Gili nak pi redah kan. For me Gili Trawangan ni sesuai utk org bujang. Boleh je family mcm aku ni nak spent whole vacay dkt sini tp aku maybe prefer hotel yang private sikit. Hotel budget semua mcm penuh dgn org nak dive so sesak sikit. Aku tgk pool yg ada pun dah warna air longkang. Dekat Gili Trawangan ni aku and hubby menapak je. #NaqibNaufal kami guna carrier je lebih mudah nak bergerak. Ada je the famous Kodomo (kuda comel) yang boleh bawak koang jalan- jalan. Aku tak naik pun kuda tu sebab kalau berjalan lebih feel kot. lagi pun mcm tak berapa secure je naik kuda tu kalau bawak #NaqibNaufal. Dkt Gili Trawangan ni pun banyak service sewa basikal. Macam-macam bentuk ada, kayuh seorg ade dua org ada 3 pun ada. Tapi aku xsewa pun. #NaqibNaufal kecil lagi. If dh boleh proper sit aku mmg sewa basikal dkt situ baru feel tourist tu lebih lagi.

Kami spent dkt Gili Trawangan dalam 2 jam. Dah pusing-pusing kami cari cafe tepi pantai. Menarik Cafe ni dia buat pondok boleh baring-baring. Tak share dgn other customer. Order air je pun boleh lepak lama-lama. Dapat lah juga kami menumpang teduh menukar lampin #NaqibNaufal dan menyuap my baby makan. Once settle eveything, kami pun bergerak pulang. Sesat juga cari boat kami balik sebab excited sgt masa turun tak concentrate dkt mana sebenarnya kami turun. T_T

Kami pun meneruskan perjalanan ke Gili yang seterusnya. Memandangkan kami agak kelewatan kami tak dpt singgah ke Gili Air sebab air dah surut. Boat tak boleh nak pergi ke sisir pantai, banyak terumbu karang katanya. Jadi kami terus ke Gili Meno utk makan tengahari. Tak sedap mana pun makan dkt Gili Meno tu, mahal pulak tu tapi sebab kebulur kami makan juga. #NaqibNaufal tidur je sepanjang perjalanan. Mabuk laut aku rasa, sebab dia diam je mcm lalok-lalok

Bawak infant ni penat chuols. So kami decide nak terus balik hotel. Masa tu dalam 230pm juga dari Gili Meno. Mengambil masa 1 jam lebih utk sampai ke Sengigi balik. Dengan kelajuan obor-obor je boat tu bawak, mengantuk Ya Rabbi, #NaqibNaufal sah sah lah tidur dgn umi dan abi tersengguk-sengguk sekali. Sesampai je di Jeti Senggigi dalam pukul 4++pm kami singgah makan Sate Lombok. Satenya kecil-kecil je yg besar is nasi impit. Dkt Lombok ni sate ni mcm lauk utk makan dgn nasi impit. Sedap dan murah chuols. Makan malam pun kami tapau sini.

Balik hotel kami take a rest. Dlm pukul 6pm. Hubby ajak bawak si #NaqibNaufal mandi swimming pool hotel. #NaqibNaufal tak berapa nak enjoy, sejuk barangkali yang berlebih-lebih standard la umi dgn abi die. hehe malam tu kami dinner sate lombok je. Kami tapau bawak makan dlm bilik. Harini kami penat lain macam. Lalu time beradu lebih pantas memandangkan keesokan harinya kami ada trip ke Air Terjun Sendang Gile.

Nite nite

Picture taken from Gili Trawangan shore.


No comments: