Wednesday, November 9, 2016

Boracay trip with a toddler!

Hi all,

My hubby insist akak utk share experiences that we had during holiday @ Boracay (18th - 22 Oct 2016, 5D4N) He said maybe it will be useful for other parents yang nak bawak toddler tapi tak sure nak bawak ke tak nak bawak ke pergi Boracay bercuti.

Jawapannya?

Sila laaa bawak. If dgr khabar angin cakap tak sesuai lah, susah la, leceh la itu semua mind set. So far we survived and Alhamdullilah semua berjalan lancar. If ada rezeki maybe Boracay will be our tempat wajib di lawati every year. Trust me, worth it!

Tapi, janganlah excited sgt nak pergi tanpa membuat sebarang research ye. Dari pengalaman akak, persediaan pergi Boracay bersama budak kecil ni lebih byk dari pergi back pack bujang terlajak. Kalau naik tongkang dr Ulu Klang sampai sana pun tak de masalah. Anyway tips yg penting adalah;

1) Choose the right season
Masa akak pergi adalah betweek off season to peak season. Just nice masa kami balik dari Boracay dh declare peak season. Angin dah bertukar arah, So ombak tak berapa nak bergelora dan masih sesuai utk bermandi- manda bersama kanak-kanak. Yang paling benefit pergi off season ni ialah tourist tak ramai dan x pack. Sepanjang 5 hari dekat sana adalah 1 hari hujan lebat. The rest of the day Alhamdullilah cuaca baik saje.

Hubby pun rajin check Boracay secara online dkt sini "Earthcam - Boracay" untuk pastikan hujan ke tidak ke dari mendengar khabar angin baik kita check sendiri kannn

2) Local tourist guide
For me, yang ada anak 18months ni I mmg prefer you guys utk hire local tourist guide. Jgn action sgt semua benda nak cari sendiri. Kesian dgn anak dan diri sendiri, pergi negara orang ni better ada yang guide. Tak de la kucar kacir nak cari hala tuju, I pakai local tourist guide, nama dia Josh. Dia mmg assist kami anak beranak dari Caticlan Port sampai ke Hotel. Kerja dia adalah untuk memudahkan kerja kita, so dari bag luggage, stroller and baby semua dia nak tolong angkat. Baik dan ramah orangnya.
Josh akan arrange transportation, carikan tempat makan yang halal dan recommend activity yang sesuai dan yang pasti semua nya murah. Sebab dia dh bargain siap-siap utk you guys. Mungkin rezeki kami dpt tourist guide yang betul-betul ikhlas dan baik so sepanjang kami dkt sana Josh mmg memberi service yang tip top. If you guys interested boleh contact dia dkt FB "Josh balinder"

Cakap je la apa yang you guys nak. dia akan cuba sebaik mungkin melaksanakan hajat kita. Jangan risau tentang service bayaran. Memula akak sangat runsing sebab dia tak nak cakap berapa harga service dia. Rupa-rupanya dia ambil je berapa saje yang kita bg, seikhlas hati katanya. Terharu tak?

So pandai-pandai la deal ye.



3) Kesabaran
Kalau tak de kesabaran pergi PD pun rasa susah bawak budak dik. So yang penting kena byk sabar, bawak budak ni byk kerenah. Flight saje dh 4 jam, jadi tips kami menenangkan Naufal adalah dgn bermain dgn dia sepenat mungkin utk dia tidur sepanjang dalam perjalanan. Sebagai back up plan kami bawak la animal toys dia untuk hilangkan busan dia dlm flight. Once touch down, jgn risau Josh dah standby kawan dia tunggu kita siap pegang sign utk naik van ke Caticlan Port. Amik masa dlm 1 jam 30 minit. Kami menaiki van seramai 8 org. Selesa je.
Sampai Caticlan Port Josh dah terpacak tunggu kita depan jetty tu. Anak kalau cranky sikit tu kena la pujuk dan sabar ye. Kalau nak cakap susah dari segi transportation akak tak rasa susah. Munkin dari feedback yang kata tak sesuai bwk budak kecil tu sebab dia tak gemarkan kelecehan melayan anak cranky sebab perjalanannya jauh. Jadi dik non kalau nak senang sgt pergi jela berkelah depan rumah je.

Itu je tips akak bg, sebab utk activity akak tak pakai pakej, akak pilih ikut mood anak dan weather. So kami lebih flexible. tempat-tempat dan activity yang kami sempat buat:

1st Day: 18th
Sampai hotel jam 530pm, dah gelap so rehat, makan je makanan bwk dr Malaysia (Brahim)
Around 8pm kami jalan-jalan tepi pandai dan night market

2nd Day: 19th
Pagi around 930AM, kami pergi Mount Luho menaiki buggy (1500 peso/each) dan terus ke Puka Beach. Puka beach adalah sgt cantik. Menanges kalau terkenang kecantikannye. weeeee
dalam pukul 2PM kami balik bilik rehat dan malam kami jalan-jalan tgk fire dances

3rd Day: 20th
Hari tu hujan, jadi kami spent time dkt bilik tunggu hujan reda, dalam 11AM kami spent time dkt White Beach. Bawak Naufal main pasir pantai dan mandi-mandi. Dkt tepi pantai ni ramai budak-budak yang ambil upah utk bina ukiran pasir upah x mahal pun dlm 100 peso boleh siap tulis nama kita.

4th Day: 21th
Kami buat activity parasailing (1200 peso) and Island Hoping - private boat (2300 peso).
kami ke Ilig-Iligan Beach, pantai yang sgt cantik jernih dan yang penting takde ombak. haha. Bersihnya air tu dan masin nye air tu bila you baring auta terapung. haaa excited akak dik non rasa xnak balik.

Kami sempat buat snorkeling tp tak lama sgt sebab Hubby tak happy bila kaki dia asik tersentuk batu karang, nak buat mcmna chuol tinggi menggalah. Yang bestnya kami dua-dua snorkeling serentak sebab Naufal masa tu Josh jaga. haaaa nampak tak pasal-pasal I ada assistant.

I suggest if bawak budak kecil utk ambil private boat instead of group, mmg la murah ada group tp if anak you melalak nak balik you kena hadap la sengsara tu sampai tour tu habis. Atleast ambil pricate you boleh decide mana you nak pergi or berapa lama you nak stay in one place.

5th Day 22th:
Harini tepat jam 930AM Josh jemput kami utk pulang........

Cakap pasal makanan Halal, ye susah nak jumpa. Kalau you expect ada org jual dkt tepi-tepi jalan tu payah la. Tapi kedai halal tu ada. Thats why I suggest you ambil local tourist guide sebab depa akan tolong you guys utk cari makanan Halal. And if tak halal dia akan informed.

Jangan lupa minum sebyk mungkin Mango Shake dkt Boracay. Jahanam punya sedap. Mcm pelam harum manis yang mahal tu dibuatnya shake. perghhhh price dlm 70-100peso.

So apa lagi ek nak share? akak kongsikan gambar je la ye. If rasa benda ni membantu feel free la comment dkt bwh.

Josh and Naqib Naufal. Dah jadi bestfriend.

Ini lah deco sand by budak-budak Filipino

Parasailing per person 1200 peso

Ilig-Iligan Beach

Naqib Naufal at the white beach.
Puka beach *Favorite place


Thats all so far, If any queries please please ask me. I am so excited to share our experienced at Boracay. Sekarang ni pun sibuk tgh search promo ticket nak pergi sana lagi. weee

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)